Antara Restoran Di Kuala Lumpur Yang Menawarkan Menu Daun Pisang Terbaik
Antara Restoran Di Kuala Lumpur Yang Menawarkan Menu Daun Pisang Terbaik l Assalamualaikum. Sedapnya lah hai dapat makan nasi putih degan kari beralaskan daun pisang kan. Papadom pula wajib ada. Tak lengkap rasanya kalau takde papadom. Fuhh confirm terangkat. Sampai menjilat jari lah orang kata.
Antara Restoran Di Kuala Lumpur yang Menawarkan Menu Daun Pisang Terbaik
Korang tahu tak, sebenarnya menu daun pisang ni berasal dari India Selatan dan diperkenalkan di Malaysia semasa penjajahan British dahulu. Sebab tu kalau korang tengok, kebanyakan restoran nasi daun pisang ni restoran masakan India.
Kalau dulu agak susah nak jumpa restoran nasi daun pisang ni kan. Tapi sekarang tak lagi. Korang boleh jumpa restoran masakan India ini dengan mudah.
Restoran Daun Pisang Terkenal di KL Yang Muslim-friendly
Pada yang mengidam nak makan nasi daun pisang, ni Ana senaraikan beberapa restoran yang terkenal dengan nasi daun pisangnya yang mesra Muslim di KL dan kawasan sekitarnya.
1. Sham's Banana Leaf Restaurant
Salah satu restoran daun pisang yang Muslim-owner yang peramah. Antara menu yang disebut-sebut dan menjadi pilihan di sini ialah vadai, idli, tosei ghee dan juga chutney kelapa. Harga yang dikenakan sangat berpatutan dan restoran ni baru je di naik taraf tau. Recommended time masa breakfast sebab tak ramai orang.
Alamat :
37, Jalan Bandar 1,
Taman Melawati,
53100 Kuala Lumpur, Selangor.
Waktu Operasi :
Setiap Hari ( 6.30 pagi - 10 malam)
2. Sri Nirwana Maju Restaurant Bangsar
Kalau tak beratur panjang dekat sini memang tak sah. Tapi jangan risau sebab sentiasa akan ada seat untuk korang. Antara menu killer yang wajib cuba dekat sini selain dari menu kari ialah peria celup tepung. Rangup di luar, lembut di dalam katanya. Walau harganya agak mahal tapi ramai yang berpuas hati kerana portion nya yang banyak.
Alamat :
43, Jalan Telawi 3,
Bangsar,
59100 Kuala Lumpur.
Waktu Operasi :
Setiap Hari ( 11 pagi - 12 malam)
3. Ravi's Banana Leaf Kota Damansara
Kalau nak makan nasi daun pisang dengan selesa tanpa bersesak, korang boleh cuba ke sini. Selain dari menu daun pisangnya yang sedap, korang juga patut cuba roti canai dan tosei dengan chutney. Walau portion chutney nya agak sedikit tapi rasanya pasti akan buat korang tersenyum kepuasan.
Alamat :
76, Jalan PJU 5/21,
Kota Damansara,
47810 Petaling Jaya, Selangor.
Waktu Operasi :
Setiap Hari ( 8 pagi - 11 malam)
4. Devi's Corner Bangsar
Antara restoran nasi daun pisang terbaik di area Bangsar yang menawarkan pelbagai menu dari India Selatan. Chennai style katanya. Antara top menu di sini ialah mutton masala, crab curry dan Chicken 65. Harga yang dikenakan pun berpatutan dan restoran dalam keadaan bersih dan selesa.
Alamat :
14, Jalan Telawi 4,
Bangsar,
59100 Kuala Lumpur.
Waktu Operasi :
Setiap Hari ( 7 pagi - 12 malam)
5. Saravanaa Bhavan Bangsar
Khas buat korang yang vegetarian yang teringin nak makan menu daun pisang, apa kata korang ke mana-mana outlet restoran Saravanaa Bhavan ni. Salah satunya yang terletak di Bangsar. Restoran ni dikatakan antara restoran makanan India vegetarian terbaik di KL tau. Kesemua makanannya sedap terutama ghee roast masala dosa. Selain tu harganya juga sangat berpatutan, servis para pelayan yang bagus dan restoran pun dalam keadaan bersih.
Alamat :
52, Jalan Maarof,
Bangsar, 59100 Kuala Lumpur.
Waktu Operasi :
Setiap Hari ( 8.30 pagi - 11 malam)
6. Kanna Curry House PJ
Mendapat rating rata-rata 5 bintang dari para pelanggan yang pernah makan di sini kerana mesra keluarga dan bersih. Jadi bagi yang dah berkeluarga dan ada anak-anak, boleh makan di sini dengan selesa. Antara killer menu di sini ialah Ayam Varuval dan juga kari ketam. Kuah kari tu juga boleh di kuah pencicah untuk tosei dan roti canainya yang lembut gebu tu.
Alamat :
29, Jalan 17/45,
Seksyen 17,
46400 Petaling Jaya, Selangor.
Waktu Operasi :
Setiap Hari ( 7 pagi - 10 malam)
7. Aunty Manju's Banana Leaf
Keistimewaan menu-menu di sini ialah ianya di masak sendiri oleh Aunty Manju, pemilik restoran ini. Antara menu yang menjadi pilihan ramai ialah sotong goreng dan juga ayam goreng yang dimasak upon request. Kira masa hidang tu korang akan dapat ayam dan sotong yang baru digoreng. Yang penting rangup di luar, juicy di bahagian dalam. Makan pula dengan 4 jenis side dishes yang didatangkan dengan set nasi, mesti ngam sangat.
Alamat :
18, Jalan Tun Mohd Fuad 1,
Taman Tun Dr Ismail,
60000 Kuala Lumpur.
Waktu Operasi :
Setiap Hari ( 7 pagi - 8 malam)
Macam mana? Menarik kan tengok menu-menu yang ada dekat atas tu. Ngences dibuatnya. No wonder ramai yang jadi peminat setia daun pisang ni.
Bagi yang belum pernah cuba, tunggu apa lagi. Cuba lah hari ni. Tak rugi mencuba kan. Takut nak keluar sebab pandemik yang melanda?? Jangan risau sebab sekarang ni kan dah ada servis food delivery. Semua dihujung jari dah. Tinggal nak order, bayar online dan tunggu menu daun pisang tu sampai depan rumah atau pejabat korang je. Mudah kan? Nanti kalau dah cuba, cer komen dekat bawah apa pendapat korang tentang makanan daun pisang ni ye.






Comments
Post a Comment