3 Resepi Donut Lembut dan Ringan

 3 Resepi Donut Lembut dan Ringan





Siapa sahaja yang tidak gemar dengan kuih donut ini. Donut sekarang bukan setakat ditabur dengan gula sahaja, malah pelbagai topping yang ada untuk menaikkan seri donut. Kadang geram juga kan bila donut yang kita buat keras kejung, paling sedih bila waktu pagi donut menjadi gebu dan ringan tapi apabila dah masuk petang terus tekstur bertukar keras. Kali ini kami ingin kongsikan resepi donut lembut dan ringan untuk anda cuba.

1. Resepi Donut Susu Gebu

Bahan-bahan

  • 1sdb gula
  • 1/2cwn air pns
  • 1peket kecil lebih kurg 1sdb yis mauripn
  • 1bji telur
  • 3cwn tepung gandum
  • Sedikit grm
  • 1sdb susu pekat
  • Masuk 2sdb butter

Cara buat Donut Susu Gebu

  1. Kacau sikit tutup 10minit, tengok yis dah membuih masuk satu bji telur.
  2. Kacau lagi masuk tiga cawan tepung gandum, susu tepung dan sedikit garam dan susu pekat.
  3. Sebatikan dulu guna senduk kalau tepung masih berderai masuk sikit air sejuk dari peti ais.
  4. Sambil uli bila semua tepung dah bercmpur, masuk butter.
  5. Terus uli hingga jadi doh.
  6. Bila doh dah lembut tidak melekat pada tangan, perap dan tutup sekejap dengan tuala bersih bagi doh naik mengembang.
  7. Bila doh dah kembang keluarkan dari bekas letak atas papan canai.
  8. Leperkan sikit doh. Tekap dengan acuan donut.
  9. Biarkan sekejap dalam 10minit, baru boleh mula goreng.
  10. Api jangan terlalu besar.
  11. Balik-balikkan donut  supaya tak hangit. Bila dah nampak perang boleh angkat.

Susu tepung

  1. Sedikit gula aising dan susu tepung.
  2. Gaul bersama.
  3. Salut pada donut.
  4. Dah siap.

Sumber: Iedaa Jahaya dari Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan (BIKMM)

 

2. Resepi Donut Gebu

Bahan-bahan

  • 250g tpg high protein
  • 2 sudu B gula kastor
  • 2 sudu B susu tpg
  • 4g yis
  • 1/2 camca teh garam
  • 5g cream super
  • 35g Marjerin
  • air sejuk  peti ais+ 1 biji kuning telur – jadikan 130g – 140g

Cara buat Donut Gebu

  1. Campurkan semua bahan boleh uli guna bm atau mixer. Apa yg penting uli doh sampai ELASTIK.
  2. Siap uli boleh terus rounding.
  3. Habis rounding rehatkan doh lebih kurang 10 min. Kemudian leperkan sedikit doh dan tebuk lubang guna belakang nozel @ penutup botol pun boleh.
  4. Perap selama 45 min -1 jam sehingga donut kembang & ringan (bergantung pd keadaan suhu persekitaran & kadar penggunaan yis).
  5. Goreng guna api perlahan sahaja, balikkan sekali sahaja setiap bahagian supaya tak serap minyak.
  6. Adunan menghasilkan 15 biji donut doh 30g.
  7. Sukatan sudu guna sudu metrik.

Sumber: Rahmah Rosmin dari Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan (BIKMM)


3. Resepi Donut Kampung

Bahan-bahan

Bahan A

  • 1 paket yis kering
  • 2 sudu susu pekat
  • 1 cawan air suam
  • 2 sudu gula
    – campurkan bahan ni dan biarkan kembang

Bahan B

  • 4 cawan tepung gandum
  • 2 sudu marjerin
  • 2 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh garam
  • 1 sudu teh dough softner*
  • 1 sudu teh Bread improver*

Cara buat Donut Kampung

  1. Kalau  takda gantikan dgn 𝙬𝙖𝙩𝙚𝙧 𝙧𝙤𝙪𝙭 ,  water roux adalah campuran air dan tepung yang di kacau sebati kemudian di masak atas api hingga memekat.
  2. Ayak tepung bersama baking powder masukkan bahan lain kecuali majerin kacau sebati.
  3. Kemudian masukkan majerin dan ramaskan bahan  hingga jadi macam serbuk roti.
  4. Kemudian campurkan yis tadi dah gaul rata.
  5. Rehatkan doh sehingga naik 2x ganda . Bergantung yis doh naik. Pastikan bekas ditutup seeloknya guna napkin bersih.
  6. Bila doh dah naik tumbuk doh tadi keluarkan angin.
  7. Kemudian tabur sedikit tepung uli sekejap hingga tak melekat pada jari just kaup guna spatula. Rehatkan kejap biar naik kembang lagi sekali.
  8. Buat bentuk bebola dan rounding ring donut guna jari.
  9. Dan boleh goreng guna api sedang.
  10. Goreng teknik balik sekali sahaja.
  11.  Biar donut agak suam baru tabur gula.

Sumber: Neny Lai Han dari Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan (BIKMM)

 


Comments