Nasi Lemak Asli Pandan Mudah & Sedap, Tambat Selera Keluarga Dengan Rasa Berlemak Serta Wangi!




 Nasi lemak merupakan antara nasi yang cukup popular dalam kalangan penduduk Malaysia. Tidak kira bila, setiap waktu dan ketika pasti nasi ini yang menjadi pilihan sebagai penghilang lapar. Selain makan di kedai, ramai juga antara kita yang lebih memilih untuk masak sendiri di rumah.

Apabila masak sendiri, pastinya kita akan berpuas hati kan? Bebas masukkan bahan sesuka hati dan pastinya hidangan yang disediakan adalah mengikut selera masing-masing. Terdapat pelbagai jenis nasi lemak yang boleh dihidangkan atau dibuat oleh kita tau.

Antaranya nasi lemak putih berlaukkan sambal kerang, sambal udang, sambal sotong dan juga sambal ikan bilis. Selain itu ada juga nasi lemak kuning dan nasi lemak pandan. Nasi lemak pandan ini biasanya bewarna hijau. Namun apabila di luar, ramai peniaga yang tidak menggunakan daun pandan asli.


ikuti perkongsian resepi dari Aisyah Humaira di bawah ini. 

Nasi Lemak Asli Pandan Mudah & Sedap, Tambat Selera Keluarga Dengan Rasa Berlemak Serta Wangi!

Bahan-bahan:

  • 3 cawan teh beras Beras Wangi Malaysia Aroma SAJI
  • 2 biji bawang merah dihiris
  • 2 sudu besar minyak kelapa
  • 1 kotak kecil santan SAJI
  • 2 cubit garam
  • 4 keping hirisan halia
  • 15 helai daun pandan dikisar dan tapis ambil airnya sahaja

Cara penyediaan:

  1. Basuh beras sebanyak 3 kali.
  2. Kemudian masukkan santan, garam, bawang, halia, minyak dan air pandan.


Kemudian kacau sehingga sebati




  1. Sukatan air seperti masak nasi biasa.
  2. Siap!




Bahan kisar sambal nasi lemak:

  • 5 biji bawang besar**
  • 5 biji bawang merah**
  • 3 ulas bawang putih**
  • 1 inci halia**
  • 15 ekor ikan bilis dibasuh dahulu**
  • 2 inci gula melaka
  • 1 sudu belacan
  • 5 sudu besar cili kisar atau ikut pedas disukai
  • 1 keping asam gelugur
  • Garam dan gula secukup rasa

Cara Penyediaan:

  1. Kisar semua bahan bertanda (**) di atas.
  2. Tumis bahan kisar tadi bersama cili kisar menggunakan api perlahan sehingga pecah minyak.
  3. Masukkan semua bahan yang berbaki serta 1 gelas air.
  4. Reneh dengan api perlahan sehingga kuah memekat dan bewarna merah gelap.
  5. Siap!


Mudah sahaja kan nak buat Nasi Lemak Asli Pandan ini? Yang penting, jangan derhaka resepi, barulah masakan yang dimasak enak dan menyelerakan. D



Comments